PENGELUARAN:
Definisi:
Aktiviti menghasilkan barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
Nilai Faedah:
- Nilai Faedah Bentuk : Mengubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna.
- Nilai Faedah Tempat : Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan.
- Nilai Faedah Masa : Menyimpan barang hingga diperlukan.
- Nilai Faedah Milikan : Tukar milik kepada yang lebih memerlukan.
Jenis Pengeluaran:
Terbahagi kepada dua iaitu:
- Pengeluaran Langsung:
Pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga shj.
2. Pengeluaran Tidak Langsung:
Pengeluaran yang memerlukan bantuan pihak lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak.
Berasaskan konsep pengkhususan dan pertukaran.
Cabang Pengeluaran:
Perusahaan:
- Ekstraktif
- Perkilangan
- Pembinaan
Perdagangan:
- Perniagaan
- Bantuan Perniagaan
Khidmat Langsung
- Perkhidmatan peribadi yang diberikan oleh seseorang individu kepada pengguna akhir.
- Sebagai contoh, guru, doktor dan mekanik.
No comments:
Post a Comment