KEPERLUAN DAN KEHENDAK MANUSIA
Keperluan manusia bermaksud perkara-perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Keperluan boleh dibahagikan kepada keperluan asas dan keperluan lain.
Keperluan asas - sesuatu yang mesti ada untuk terus hidup contohnya makanan, pakaian dan tempat tinggal.Keperluan lain - perkara asas tambahan yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dalam keadaan sempurna dan selesa dalam masyarakat moden ini. Contohnya, pendidikan, pengangkutan dan komputer.
Rajah 1: MODEL HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
KEHENDAK ialah barangan yang diingini untuk menjadikan hidup lebih selesa contohnya kenderaan, rumah besar dan lain-lain.
Menurut ahli psikologi, kehendak manusia memang tidak mempunyai batasan dan tidak dapat dipenuhi dengan sepenuhnya. Sebaik sahaja kehendak lama dipenhi, timbul pula kehendak baru.
Kehendak yang penting dan utama perlu dipenuhi sebelum kehendak-kehendak yang lain.
Antara contoh-contoh Kehendak Manusia:

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Keperluan
|
Kehendak
|
- Mesti ada untuk manusia terus
hidup - Contoh makanan, pakaian dan tempat tinggal - Sama untuk semua orang - Keperluan terhad/ tetap - Keperluan ialah tuntutan semulajadi - Disusun mengikut tahap tertentu- fisiologi, sosial, rohani |
- Barangan yang diingini untuk
hidup lebih selesa - Contoh kereta mewah, barang kemas - Berbeza mengikut keinginan - Tidak terhad dan berubah-ubah - Perlu dipelajari atau dipengaruhi persekitaran - Tiada dalam Hierarki/ keinginan semasa |
HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
Tahap 1 - Keperluan Fisiologi
- Keperluan asas - keperluan paling asas manusia untuk hidup
- membolehkan tubuh manusia berfungsi
- contoh, makanan, pakaian dan tempat tinggal
- Keperluan keselamatan - melindungi diri daripada ancaman luar
- contoh ancaman musuh, cuaca dan undang-undang
Tahap 2 - Keperluan Sosial
- Keperluan kasih sayang - manusia memerlukan kasih sayang daripada orang lain
- contoh kasih sayang daripada ibu bapa
- Keperluan penghargaan - manusia perlu dihormati dan diberi penghargaan
- contoh tahniah atas kejayaan
Tahap 3- Keperluan rohani
- Keperluan sempurna kendiri - tahap teratas
- tuntutan jiwa / kepuasan/ kegembiraan mencapai cita-cita
- contoh hidup beragama, kesenian, berjaya mendapat PhD

No comments:
Post a Comment