Tuesday, 8 May 2012

PATUT BACA

KISAH PISANG


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.                                  

(sumber:Fauziibrahim.com) 

sempena
16 Mei ...

Dedikasi buat semua GURU

TERIMA KASIH GURU


      
     Ceritera Seorang Guru:
      (oleh: Ismail Hj.Adnan, 1989,"Dia Seorang Guru")
      Dia seorang guru tua sebuah sekolah
      terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
      penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
      tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
      sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah


      Yang mengangkat harga diri dan maruah
      dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
      dengan kelkhlasan had dan pasrah
      dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
      yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
      berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah


      Dia seorang guru pengganti ayah ibu
      dia seorang guru pembentuk generasi baru
      dia seorang guru pembina insan sepadu
      dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
      yang terus hidup sepanjang waktu
      diimbau berbunyi dilihat bertemu.



FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

Dibahagikan kepada empat :

1)TANAH:
  • Sumber alam yang dianugerahkan oleh Tuhan.
  • Sumber atau bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran.
  • contoh: bahan galian, sumber laut, hutan dan tanaman.

 



2) MODAL:
  • Merupakan harta benda atau sumber kewangan yang disumbangkan oleh usahawan.
  • Membantu dalam proses pengeluaran dan membolehkan pengeluaran dijalankan dengan lebih pantas dan berkesan.
  • contohnya: mesin, jentera, kenderaan, wang tunai, peralatan dan bangunan perniagaan.


 


3) BURUH:
  • Sumbangan tenaga manusia secara fizikal atau mental dalam kegiatan pengeluaran.
  • Buruh menerima ganjaran dalam bentuk upah dan gaji.
  • Terdapat 3 jenis buruh, iaitu Buruh Mahir, Buruh Separuh Mahir dan Buruh Tidak Mahir.

          

4)USAHAWAN:
  • Orang yang bertanggungjawab menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
  • Mentadbir dan mengurus perusahaan.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengeluaran dan berani mengambil risiko. 






PENGELUARAN:

Definisi:
Aktiviti menghasilkan barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak

Nilai Faedah:

  1. Nilai Faedah Bentuk     : Mengubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna.
  2. Nilai Faedah Tempat    : Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan.
  3. Nilai Faedah Masa       : Menyimpan barang hingga diperlukan.
  4. Nilai Faedah Milikan    : Tukar milik kepada yang lebih memerlukan.

Jenis Pengeluaran:
Terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Pengeluaran Langsung:
          Pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga shj.

     2.  Pengeluaran Tidak Langsung:

          Pengeluaran yang memerlukan bantuan pihak lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak. 
          Berasaskan konsep pengkhususan dan pertukaran.


Cabang Pengeluaran:
Perusahaan:
  • Ekstraktif
  • Perkilangan
  • Pembinaan
Perdagangan:
  • Perniagaan
  • Bantuan Perniagaan
Khidmat Langsung
  • Perkhidmatan peribadi yang diberikan oleh seseorang individu kepada pengguna akhir.
  • Sebagai contoh, guru, doktor dan mekanik.


SISTEM BARTER
SISTEM BARTER




Definisi:
Proses pertukaran barang dengan barang.
Tidak melibatkan mata wang dan orang tengah.

Syarat Sistem Barter:
  1. Memiliki barangan berlebihan untuk ditukarkan.
  2. Mempunyai kemahuan atau kehendak serentak.   
Kelebihan Sistem Barter:
  1. Tidak melibatkan Orang Tengah.
  2. Kedua-dua pihak berpuas hati (urusan pertukaran barang berlangsung serentak).
  3. Tiada peningkatan harga.
Kelemahan Sistem Barter:
  1. Masalah kemahuan serentak.
  2. Masalah pembahagian.
  3. Masalah kadar pertukaran.
  4. Masalah menyimpan nilai.
  5. Masalah membawa barang.



TOKOH HIERARKI KEPERLUAN MASLOW


(ABRAHAM MASLOW)




Dilahirkan pada 1 April 1908, di Brooklyn, New York
Merupakan warganegara Amerika Syarikat
Bidang Pengajian beliau ialah Psikologi
Merupakan penuntut di:
      Cornell University
      Brooklyn College
      Brandeis University
Meninggal dunia pada usia 62 tahun bertarikh 8 Jun1970


BEST QUOTE'S FROM ABRAHAM MASLOW
                                                          

   
                 
                         

Monday, 7 May 2012

Renungkan Sejenak...

Kisah Pendidik Dunia & Akhirat ( untuk semua warga pendidik )




Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Dia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur dan di tangan kanannya pula ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', dan jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'.

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', dan jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. 



Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat-laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah dan hukum Islam dari semasa ke semasa.

"Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik. Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang mengasyikkan sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya guru kepada anak muridnya.

"Baik, untuk permainan kedua," Gurunya meneruskannya.

"Cikgu ada Al-Quran, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimanakah caranya mengambil Al-Quran yang berada di tengah-tengah karpet tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan dia mengambil Al-Quran. "Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."

"Murid-murid, begitulah umat Islam dengan musuhnya. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan."

"Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasa pun tidak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tetapi mereka akan monolak kita secara beransur-ansur, sehingga kita tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dahulu, tentu sahaja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dahulu satu per satu, baru rumah boleh dihancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Mereka tidak akan menghentam terang-terangan, tapi merekaa akan perlahan-lahan merosakkan kita. Dimulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua ialah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita."

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tetapi sekarang tidak lagi."

"Seorang Raja kepada musuh Islam pernah berkata, jika kalian ingin mengalahkan umat Islam jangan memerangi mereka hanya dengan senjata saja, karena kalian telah kalah dihadapan mereka waktu kalian menggunakan senjata. Namun perangilah AKIDAH mereka, Hancurkan pikiran-pikiran mereka, 


Keluarkan dari dada-dada mereka semangat Islam, jadikan mereka bodoh terhadap akidah Islam, karena dalam akidahlah terletak kekuatan Islam, apabila akidah mereka telah keluar dari dada mereka maka mudah bagi kalian mengalahkan mereka, dengan senjata kita akan merugi banyak namun dengan menyerang pemikiran mereka kita tidak akan merugi bahkan kaum muslimin akan merugi"

"Begitulah Islam, kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang."